Saturday, 8 November 2014

cekodok pisang

   Resipi nieh nampak macam senang tapi susah sebenarnya nak buat cekodok pisang. Yaa lah, kadang2 buat cekodok tamao jadi bulat elok2 dan kadang2 cekodok tu makan minyak banyak. So nah aku kongsi resipi. Apa yang special cekodok pisang nieh, bahannya bukan saja tepung gandum tapi campur dengan tepung beras.

Bahan-bahan:
800 gm pisang dilenyek
125 gm tepung beras
125 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu makan gula pasir( secukup rasa)
secubit garam

Cara-cara:
1.Panaskan minyak
2. Sebatikan pisang, tepung gandum, tepung beras, soda dan garam dalam mangkuk adunan.
3. Bila minyak telah panas, tambah gula dan gaulkan hingga sebati. 
4. Bila adunan sudah sebati maka boleh lah di goreng.

-----Tips:
- untuk merangupkan cekodok, jangan masukkan gula pada waktu awal mengadun,
- untuk dapatkan bentuk cekodok bulat2 comel, guna sudip dan gelek-gelekkan cekodok semasa menggoreng.



nampak sedap kan? ish kalau hujan2 kena pulak dgn teh panas perghh terangkat
Okay, selamat mencuba. I pon nak try lah bila balik Langkawi nanti. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment