Wednesday, 15 October 2014

ethics and integrity?




--What is ethics?

            Etika adalah salah satu elemen yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Maksud etika ialah sifat atau tingkah laku yang baik yang perlu dilakukan dalam kehidupan seperti .

       Pada pendapat saya, etika adalah penting dan perlu di terapkan dalam diri setiap orang terutamanya kepada kanak-kanak dan para remaja. Ini kerana mereka sangat terdedah dengan media masa yang sangat luas dan tiada batasan. Hal ini kerana, para generasi ini mudah dan cepat terikut dengan apa yang terjadi dekat luar sana. Dengan adanya etika dalam diri masing-masing, ini boleh elak kan mereka dari berkelakuan yang tidak baik. Kebaikan etika ialah dapat mendisiplinkan seseorang dan menjadikan mereka lebih baik. Contohnya, di sekolah cikgu meletakkan etika memberi salam kepada cikgu, so secara tidak langsung mereka mendidik sifat menghormati orang yang lebih tua seperti ibu bapa. Selain itu, dalam membuat kerja pon perlu ada etika. Ini kerana, etika dapat memastikan segala pekerjaan yang kita lakukan berjalan dengan lancar dan lebih sistematik.

--Integrity.

Maksud integrity ialah kejujuran atau ketelusan dalam membuat suatu pekerjaan. Jika tiada sifat integrity dalam diri maka akan berlaku lah kes pecah amanah, makan rasuah, khianat dan banyak lagi. Integrity bukan saja perlu ada pada individu tapi ia juga perlu ada dalam organisasi.
Dari segi individu, integrity dapat dilaksanakan bila seseorang itu telus, ikhlas serta jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya macam meniaga. Kalau customer tanya benda to ada side effect tak lepas guna, so kena lah jawab dengan jujur. Jangan lah dok bohong sebab kita nak jual barang kita jaa. Okay dari segi organisasi pulak, sebuah organisasi tu perlu lah memainkan peranan penting supaya nanti semua pekerja mempunyai sifat-sifat yang positif dan tidak akan menyeleweng atau makan rasuah semasa bekerja. Contoh macam Polis Di Raja Malaysia, pihak mereka ada melancarkan lencana “Integriti Amalan Kita”. Ini adalah satu amalan yang baik dan langkah untuk menerapkan sifat ini dalam setiap diri anggota polis. Selain dari itu, ini juga boleh mengingatkan mereka supaya bekerja dengan lebih jujur serta telus dan tidak mengamalkan rasuah.

Okay, senang nak bagi paham kan. Integrity dan etika nieh macam dua benda yang tak boleh dipisahkan. Contoh, macam dalam kehidupan kita seharian. Nak makan pon kita ada etika., kita kena basuh tangan, baca bismillah, baca doa makan. Lepas tu integrity nieh macam kita buat kerja. Contoh, lecturer bagi assignment dan suruh kita submit minggu depan. Itu macam satu amanah dan kita kena lah buat dan hantar bila dah sampai tarikh.


Okay to jaa lah yang saya boleh kongsikan pasai ethics and integrity. Thank you.

No comments:

Post a Comment